Monday, 18 July 2011

BANANA PUFF

tadi pagi kitorg breakfast lambat..so lunch ni xbape nak lalu lah...tu sebab makan ni je utk lunch..:)

source from Dapur Tanpa Sempadan.

BAHAN-BAHANNYA
4 keping puff pastry jenama "kawan" saiz 4 inci x 4 inci
Hirisan pisang emas secukupnya, anggaran 2 biji, hiris nipis
2 camca teh gula perang @ soft brown sugar'
2 camca besar parutan halus keju cheedar
Kuning telur, untuk disapu
Ais krim vanilla

CARA MEMBUATNYA
  1. Ambil 1 keping puffpastry, buat satu garisan antara bucu pada puff pastry tadi. Kemudian kelar buat bentuk mcm sirip ikan jerung pada satu bahagian sahaja. Kemudian terbalikkan puff tadi dan susun pisang pada bahagian yang tidak berkelar, anggaran 6 keping hirisan pisang.
  2. Tabur 1/2 camca teh gula perang dan 1/2 camca besar parutan keju cheddar. Kemudian lipat, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu. Susun dalam loyang pembakar, Buat kaedah sama untuk baki bahan2.
  3. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada kipas, boleh on kan masa membakar puff pastry. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....Selamat mencuba..